PQS : Akhlak


ADAB MENZIARAHI JENAZAH



Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa musibah kematian salah seorang daripada ahli keluarganya.

Hukum menziarahi jenazah orang bukan Islam ialah HARUS sebagai tanda simpati dan disunatkan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga simati.





Tujuan meziarahi jenazah :

Untuk mengucapkan takziah kepada keluarga simati.
Memberi pertolongan dan mengurangkan beban keluarga simati.
Menasihati ahli waris supaya tabah dan sabar dengan ujian yang diterima.
Mengingatkan kepada yang hidup akan kematian.
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim.




Kelebihan menziarahi jenazah :

Dapat mengurangkan beban dan kesedihan keluarga simati.
Melahirkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
Dapat menatap jenazah untuk kali terakhir.
Dapat melahirkan keinsafan kepada yang hidup bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati.
Dapat mendidik diri agar sentiasa melakukan amalan fardhu kifayah.


Adab-adab ziarah jenazah menurut Islam : 

Segera menziarahi jenazah apabila mendengar berita kematian.
Menemui keluarga si mati untuk mengucapkan takziah.
Mengeluarkan kata-kata perihal yang baik tentang simati
Membaca al-Quran dan berzikir untuk disedekahkan kepada simati.
Mendoakan simati agar rohnya dicucuri rahmah dan diampunkan Allah.
Menyegerakan pengurusan jenazah dan mengkebumikannya.



Perbezaan di antara menziarahi jenazah muslim dengan bukan muslim.

JENAZAH MUSLIM
JENAZAH BUKAN ISLAM
Menguruskan jenazah seperti mengkafankannya
Hadir ke rumah si mati sebagai tanda simpati
Membaca al-Quran dan zikir untuk disedekahkan kepada simati.
Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan sebagai tanda
Mengiringi ke tanah perkuburan dan mengkebumikannya
Mengucapkan takziah untuk keluarga simati
Menyembahyangkan jenazah
-





0 Comments to "PQS : Akhlak"

Post a Comment

© Copyright Reserved SHAFIQ CORNER | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft