لا تغضب !!! - JANGAN MARAH
TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM
MENGUBAH POSISI
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
BERWUDUK
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA'AWUZ
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
BERZIKIR
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.
PQS : Akhlak
ADAB MENZIARAHI JENAZAH
Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa
musibah kematian salah seorang daripada ahli keluarganya.
Hukum menziarahi jenazah orang bukan Islam ialah HARUS sebagai tanda simpati dan disunatkan untuk mengucapkan takziah kepada
keluarga simati.
Tujuan meziarahi jenazah :
- Untuk mengucapkan
takziah kepada keluarga simati.
- Memberi pertolongan dan
mengurangkan beban keluarga simati.
- Menasihati ahli waris
supaya tabah dan sabar dengan ujian yang diterima.
- Mengingatkan kepada yang
hidup akan kematian.
- Mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama muslim.
Kelebihan menziarahi
jenazah :
- Dapat mengurangkan beban
dan kesedihan keluarga simati.
- Melahirkan perasaan
kasih sayang sesama umat Islam.
- Dapat menatap jenazah
untuk kali terakhir.
- Dapat melahirkan
keinsafan kepada yang hidup bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati.
- Dapat mendidik diri agar
sentiasa melakukan amalan fardhu kifayah.
Adab-adab ziarah jenazah
menurut Islam :
- Segera menziarahi
jenazah apabila mendengar berita kematian.
- Menemui keluarga si mati
untuk mengucapkan takziah.
- Mengeluarkan kata-kata
perihal yang baik tentang simati
- Membaca al-Quran dan
berzikir untuk disedekahkan kepada simati.
- Mendoakan simati agar
rohnya dicucuri rahmah dan diampunkan Allah.
- Menyegerakan pengurusan
jenazah dan mengkebumikannya.
Perbezaan di antara menziarahi jenazah muslim dengan bukan
muslim.
JENAZAH
MUSLIM
|
JENAZAH
BUKAN ISLAM
|
Menguruskan jenazah seperti
mengkafankannya
|
Hadir ke rumah si mati sebagai tanda simpati
|
Membaca al-Quran dan zikir untuk
disedekahkan kepada simati.
|
Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan
sebagai tanda
|
Mengiringi ke tanah perkuburan dan mengkebumikannya
|
Mengucapkan takziah untuk keluarga simati
|
Menyembahyangkan jenazah
|
-
|
PQS : Pengajian Hadith
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.
Ilmu fardhu ain
Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim.
Contohnya ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya.
Ilmu fardhu kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara seperti ilmu perubatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
a. Allah akan memudahkan jalan ke syurga.
b. Para malaikat sentiasa bersama orang yang menuntut ilmu.
c. Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah.
d. Semua makhluk sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
e. Mereka bagaikan bulan purnama menyinari alam berbanding dengan cakerawala yang lain.
PQS : Tamadun
Unknown
13:06
|
0
comments
Tamadun Islam Pada Zaman Khulafa` Ar-Rashidin
PENTADBIRAN
Pemimpin Islam pada zaman ini digelar Khalifah yang bermaksud pengganti Rasulullah dan pada zaman ini terdapat 4 Khalifah Ar-Rasyidin :
Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Saidina Umar Al-Khattab.
Saidina Uthman Ibn Affan.
Saidina Ali Ibn Abi Thalib.
Beberapa jabatan telah ditubuhkan oleh Khalifah pada zaman ini supaya pentadbiran lebih berkesan dan teratur. Antara jabatan-jabatan yang diwujudkan ialah :
Jabatan Kehakiman
Jabatan Setiausaha
Jabatan Baitul Mal
Jabatan Persuratan
Jabatan Cukai (Dewan Al-Kharaj)
Jabatan Juru Audit Negara
Jabatan Ketenteraan (Dewan Al-Jundi)
Jabatan Pengurusan Tanah
Mu`jam PQS
PQS : Latih Tubi Ulum Hadis
Jom buat latih tubi
mudah-mudahan menambahkan lagi
PENGETAHUAN berkaitan ulum hadis subjek PQS anda
PENGETAHUAN berkaitan ulum hadis subjek PQS anda
Sila klik link di bawah ini untuk download .....
SELAMAT MENCUBA !!!
PQS : Ulum Hadis
Unknown
11:00
|
0
comments
ULUM HADIS
Hadis dari segi bahasa ialah baru manakala pada istilah ialah
perkataan,percakapan dan perkhabaran, perbuatan, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Huraian pengertian :
1. Perkataan : Sesuatu yang diucapkan atau yang dikatakan oleh Nabi Muhammad.
2. Perbuatan : Apa yang dibuat atau dilakukan oleh Nabi Muhammad.
3. Taqrir : Perkara yang didiamkan oleh Nabi Muhammad.
4. Sifat : Jasmani seperti bentuk tubuh badan atau sifat rohani seperti amanah dan jujur.
Istilah yang berkaitan dengan hadis :
1. As-Sunnah.
Dari segi bahasa : Perjalanan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan.
Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat.
2. Al-Khabar.
Dari segi bahasa : Berita yang disampaikan.
Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
dari perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat yang dinisbahkan kepada
sahabat atau Tabi’in samada perbuatan atau perkataan.
3. Al-Athar.
Dari segi bahasa : Kesan atau bekas daripada sesuatu.
Dari segi istilah : Ia biasa digunakan dengan maksud sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad dari perkataan, perbuatan, taqrir
atau sifat yang dinisbahkan kepada sahabat atau Tabi’in samada
perbuatan atau perkataan.
4. Tujuan mempelajari hadis :
a. Dapat mempelajari hal-hal agama dengan jelas.
b. Dapat mengetahui keperibadian Rasulullah yang sebenar.
c. Selamat daripada kesilapan pengambilan hadis.
d. Mendapat kerahmatan dan ganjaran daripada Allah.
e. Panduan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
f. Dapat mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah.
5 Pengertian ulum hadis : suatu kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan samada diterima atau ditolak.
6. Tujuan mempelajari ulum hadis :
a. Untuk menilai sesebuah hadis dari segi sanad atau matan samada sahih atau tidak.
b. Untuk memahami hadis.
c. Untuk membolehkan kita beramal dengan hadis yang sahih.
d. Untuk membongkar segala rahsia yang terdapat dalam hadis yang tidak diketahui.
e. Untuk mengetahui cara ulama menilai sesuatu hadis.
f. Untuk menolak tuduhan orientalis atau golongan anti hadis.
g. Untuk mengetahui unsur-unsur israeliat dalam pentafsiran al-Quran.
PQS : Nota Lagi !!!!
Unknown
00:18
|
0
comments
Senyum itu Indah.....Senyum itu juga sedekah...ha kat sini sy pon nak sedekah jugak la hehe sedekah dengan nota PQS..tp ni nota tokoh-tokoh Islam pula...jom kenali tokoh-tokoh Islam dalam subjek PQS...cepat-cepat..sape lambat dia rugi... :)
Sila klik link di bawah ini
PQS : Nota !!!
Post sebelum ni saya dah terangkan serba sedikit tentang gejala mempersendakan agama yang mane gejala ini semakin menular bahkan menjadi wabak yang sangat serius berlaku dalam masyarakat kita sekarang....Mudah2an semua sahabat dapat mengambil iktibar dan sama-sama membantu dalam menangani gejala ini...
Di sini saya ingin kongsikan nota-nota serta latihan yang berkaitan Bab Pengajian Al-Quran Tingkatan 4...sila klik link di bawah untuk download...........
Di sini saya ingin kongsikan nota-nota serta latihan yang berkaitan Bab Pengajian Al-Quran Tingkatan 4...sila klik link di bawah untuk download...........
Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada semua ...
What U Give U Get Back !!!
What U Give U Get Back !!!
PQS : PENGAJIAN AL-QURAN
GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA
- mempersendakan agama bermaksud menjadikan ajaran Islam sebagai mainan dan senda gurau atau melaksanakan perintah Allah S.W.T. secara olok-olok atau mengkhianati menyeleweng ajaran agama.
- perbuatan ini di larang dalam Islam kerana mempermainkan agama Allah dan mengambarkan seseorang itu lemah iman dan jahil terhadap ajaran agama.
- antara contoh perbuatan mempersendakan agama ialah makan di khalayak ramai pada bulan Ramadhan, menghina al-Quran dan ulama, mempersendakan sunnah Rasulullah dan banyak lagi
- Antara golongan mempersendakan agama ialah orang musyrikin, orang munafik, orang murtad, golongan antihadis, golongan yang melakukan maksiat.
- Haa jom kita lihat video di bawah mengenai gejala mempersendakan agama ini...
PENGENALAN PQS
Unknown
15:14
|
0
comments
salam diberi pembuka bicara
arahan diberi blog terbina
subjek PQS pilihan hamba
mari mengenal apakah subjeknya...
Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al
Sunnah (PQS) adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan
kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama
yang sering dikaitkan dengan pengajian al-quran dan al-sunnah dan amalan
seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang Pengajian
al-Quran, Ulum Al-Quran , Pengajian Hadis, Ulum al-Hadis, Akhlak danTamadun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu
Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran
elektif pengajian Islam.
ITQAN
Di sinilah segalanya bermula.....ITQAN...
atau nama penuh ea INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN
nama yang tidak asing bagiku...aku bermula di sini...pergi dari sini...dan kembali semula ke sini....ALLAH Maha Kuasa...Bermulalah tugasku menabur bakti di bumi Tarbiyah ITQAN tanpa di duga...Syukur Alhamdulillah...Teringat kata-kata Ustaz Abdul Rahim...Al-Quranul Ghina`( Al-Quran itu kaya )....
so jangan risau ye AHLUL QURAN ....Allah Maha Kaya :)
YA HANANA
Unknown
20:31
|
0
comments
Tenangkan Hati Rehatkan Minda ......Rabbuna Yusahhil........ :)
La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus`aha
Unknown
12:08
|
0
comments
Allah Allah Allah..satu hari penuh mehnah dalam membina blog kali pertama......ingatkan senang...sekali Allah uji dengan blog pertama ' CoolBlok ' di remove...sabar2.. Fasobrun Jamil...... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)