TAHUN BARU AZAM BARU !!!
DAh lama x jenguk blog ni...sibuk na awal tahun..besela..nama pun keje di sekolah...mesyuarat....buku rekod....buku kedatangan...yuran....hehe ini semua yang xdapat dipisahkan...hope diberi kekekuatan pada tahun ini menempuh cabaran yg tidak tentu tiba.....yang penting mesti " LOOK FORWARD " pesan seseorang padaku :) Rabbuna Musta`an .........
لا تغضب !!! - JANGAN MARAH
TIP HILANGKAN PANAS BARAN CARA ISLAM
MENGUBAH POSISI
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
BERWUDUK
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA'AWUZ
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
BERZIKIR
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.

⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.
PQS : Akhlak
ADAB MENZIARAHI JENAZAH
Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa
musibah kematian salah seorang daripada ahli keluarganya.
Hukum menziarahi jenazah orang bukan Islam ialah HARUS sebagai tanda simpati dan disunatkan untuk mengucapkan takziah kepada
keluarga simati.
Tujuan meziarahi jenazah :
- Untuk mengucapkan
takziah kepada keluarga simati.
- Memberi pertolongan dan
mengurangkan beban keluarga simati.
- Menasihati ahli waris
supaya tabah dan sabar dengan ujian yang diterima.
- Mengingatkan kepada yang
hidup akan kematian.
- Mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama muslim.
Kelebihan menziarahi
jenazah :
- Dapat mengurangkan beban
dan kesedihan keluarga simati.
- Melahirkan perasaan
kasih sayang sesama umat Islam.
- Dapat menatap jenazah
untuk kali terakhir.
- Dapat melahirkan
keinsafan kepada yang hidup bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati.
- Dapat mendidik diri agar
sentiasa melakukan amalan fardhu kifayah.
Adab-adab ziarah jenazah
menurut Islam :
- Segera menziarahi
jenazah apabila mendengar berita kematian.
- Menemui keluarga si mati
untuk mengucapkan takziah.
- Mengeluarkan kata-kata
perihal yang baik tentang simati
- Membaca al-Quran dan
berzikir untuk disedekahkan kepada simati.
- Mendoakan simati agar
rohnya dicucuri rahmah dan diampunkan Allah.
- Menyegerakan pengurusan
jenazah dan mengkebumikannya.
Perbezaan di antara menziarahi jenazah muslim dengan bukan
muslim.
JENAZAH
MUSLIM
|
JENAZAH
BUKAN ISLAM
|
Menguruskan jenazah seperti
mengkafankannya
|
Hadir ke rumah si mati sebagai tanda simpati
|
Membaca al-Quran dan zikir untuk
disedekahkan kepada simati.
|
Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan
sebagai tanda
|
Mengiringi ke tanah perkuburan dan mengkebumikannya
|
Mengucapkan takziah untuk keluarga simati
|
Menyembahyangkan jenazah
|
-
|
PQS : Pengajian Hadith
KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU
Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.
Ilmu fardhu ain
Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim.
Contohnya ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya.
Ilmu fardhu kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi keperluan diri, masyarakat dan negara seperti ilmu perubatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan sebagainya.
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
a. Allah akan memudahkan jalan ke syurga.
b. Para malaikat sentiasa bersama orang yang menuntut ilmu.
c. Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah.
d. Semua makhluk sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
e. Mereka bagaikan bulan purnama menyinari alam berbanding dengan cakerawala yang lain.
PQS : Tamadun
Unknown
13:06
|
0
comments
Tamadun Islam Pada Zaman Khulafa` Ar-Rashidin
PENTADBIRAN
Pemimpin Islam pada zaman ini digelar Khalifah yang bermaksud pengganti Rasulullah dan pada zaman ini terdapat 4 Khalifah Ar-Rasyidin :
Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Saidina Umar Al-Khattab.
Saidina Uthman Ibn Affan.
Saidina Ali Ibn Abi Thalib.
Beberapa jabatan telah ditubuhkan oleh Khalifah pada zaman ini supaya pentadbiran lebih berkesan dan teratur. Antara jabatan-jabatan yang diwujudkan ialah :
Jabatan Kehakiman
Jabatan Setiausaha
Jabatan Baitul Mal
Jabatan Persuratan
Jabatan Cukai (Dewan Al-Kharaj)
Jabatan Juru Audit Negara
Jabatan Ketenteraan (Dewan Al-Jundi)
Jabatan Pengurusan Tanah
Mu`jam PQS
PQS : Latih Tubi Ulum Hadis
Jom buat latih tubi
mudah-mudahan menambahkan lagi
PENGETAHUAN berkaitan ulum hadis subjek PQS anda
PENGETAHUAN berkaitan ulum hadis subjek PQS anda
Sila klik link di bawah ini untuk download .....
SELAMAT MENCUBA !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)